Ikan bulan. Spesis ikan ini terlalu istimewa dengan pelbagai
keunikan yang tersendiri dan ia pasti tidak terdapat pada spesis ikan lain.
Kebolehannya naik ke permukaan air secara berganti-ganti antara satu sama lain
sehingga menampakkan sirip dorsalnya yang berfilamen panjang itu sambil
meninggalkan buih-buih udara sungguh mengagumkan. Apabila terkena ‘pancing’
pula ia akan melompat tinggi ke udara menghambur sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya untuk meluahkan kembali ‘pancing’ tersebut. Kepada pemancing sekalian,
janganlah anda sangka akan dapat menewaskan ‘bulan’ ini dengan mudah bila ia
menggila. Ia sedaya upaya akan berusaha untuk melepaskan diri apabila menyedari
dirinya sudah terperangkap. Sungguh licik. Ia melompat. Ia ‘meludah’. Mulutnya
bertulang. Daya pecutannya yang bertenaga serta sisik berkilat berwarna putih
keperakan memancar yang dipunyai oleh tuan punya badan ini sungguh memukau
pandangan...
Ikan Bulan Indo-Pasifik (Megalops cyprinoides) layak diiktiraf sebagai ikan sukan paling berprestij dalam kelas peralatan memancing ultralight (ultralight tackle)
kerana kehebatan stamina serta keunikan dan kelicikan akan permainannya
yang tersendiri sebelum ia berjaya di daratkan. Justeru, the ultralight angler® telah mengadakan satu kerjasama strategik bersama Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) dan Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam untuk menganjurkan Indo-Pacific Tarpon Tournament yang idea penganjurannya adalah bertujuan untuk mempromosikan:
- Ikan bulan sebagai ikan sukan dalam kelas peralatan memancing ultralight (ultralight tackle);
- Penggunaan peralatan memancing dalam kelas ultralight (ultralight tackle) ketika memancing ikan bulan; dan
- Cara pengendalian ikan bulan yang betul setelah berjaya dipancing...
Lawati the ultralight angler® di Facebook untuk maklumat lanjut berkenan Indo-Pacific Tarpon Tournement ini sekarang!
No comments:
Post a Comment