Wednesday, June 15, 2011

Pancing dengan ultralight tackle!...



ultralight tackle_tactics...


Pancing dengan ultralight tackle!...

Ultralight tackle bukan sekadar pancingan! Ya! dengan ultralight tackle ia bukan sekadar pancingan biasa.... malah ia sebenarnya lebih dari itu. Ia memerlukan pengetahuan, kemahiran, ketelitian serta kesabaran yang tinggi untuk menikmati hasil pancingannya yang kadangkala sungguh luarbiasa! Ia juga sebenarnya menggunakan keseluruhan idea dan konsep dalam ilmu pancingan dengan betul, adil dan beretika.

Bermula dari pemilihan ikan yang akan disasarkan, pemilihan joran, kekili, tali utama dan juga teknik ikatan, semuanya diambil perhatian yang sangat tinggi oleh pemancing yang menggunakan ultralight tackle dalam setiap trip pancingan. Tiada kompromi langsung terhadap segala kekurangan mahu pun kecacatan pada peralatan yang bakal digunakan dalam setiap pancingan. Semuanya hendaklah sempurna atau terpaksa membatalkan sahaja rancangan memancing dari berputih mata dengan melihat hasil pancingan yang gagal di daratkan. Barang diingat, dengan penggunaan ultralight tackle, peluang untuk mendapat hasil pancingan adalah sangat tinggi dan begitulah juga sebaliknya hasil pancingan juga boleh ‘terlepas’ begitu sahaja dan gagal di daratkan. Siapa tahu jika yang ‘terlepas’ itu berjaya di daratkan... mungkin satu lagi rekod dunia akan tercatat! Perkara ini semua tidak mustahil berlaku kepada pemancing yang menggunakan ultralight tackle ini secara professional, malah mereka amat arif akan situasi tersebut dan sentiasa berhati-hati mengenainya.


Spesis sasaran - pengetahuan tentang spesis ikan yang bakal menjadi sasaran untuk dipancing dengan menggunakan peralatan ultralight tackle ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk diperhalusi sebenarnya oleh setiap pemancing. Adalah menjadi satu kelebihan jika seseorang pemancing itu mempunyai pengetahuan asas biologi tentang ikan yang disasarkan merangkumi taksonomi, morfologi, taburan, kitaran hidup, makanan serta tabiat pemakanan, penentuan jantina dan juga kematangan seksual sesuatu spesis itu. Ingatlah, bukan semua spesis ikan boleh dipancing dengan menggunakan peralatan ultralight tackle ini. Namun begitu, ada kedapatan dalam situasi yang tertentu sesetangah pemancing cuba sedaya upaya untuk mendaratkan hasil pancingnya dengan ultralight tackle! 


Joran ultralight – pemilihan joran ultralight mestilah dilakukan dengan betul dan sesuai untuk spesis serta teknik pancingan yang akan dipilih. Terdapat pelbagai variasi yang sungguh menarik bagi joran ultralight kini di pasaran. Joran ultralight yang paling asas dilabelkan dengan syor penggunaan tali utama dari 2 hingga 6 paun. Terkini, terdapat di pasaran joran ultralight yang disyorkan penggunaan tali utamanya bermula dari 2 hingga 5 paun malah ada yang bermula dari 1 hinnga 3 paun! Inilah yang dikatakan ‘extreme ultralight’ dalam ultralight tackle. Sungguh menarik!

Joran ultralight juga mempunyai aksi (action) yang berbeza sama seperti joran lain dalam kategori ringan (light tackle) dan sederhana (medium tackle). Bermula  dari yang pertamanya dengan aksi lebih cepat - (Ex. Fast) (extra fast action rod), kedua aksi cepat - (Fast) (fast action rod), ketiga aksi sederhana - (Medium) (medium action rod) dan yang keempat aksi parabolik - (Parabolic) (parabolic action rod). Bagi aksi parabolik - (Parabolic) itu juga terdapat sesetangah pengeluar peralatan memancing yang melabelkannya dengan aksi perlahan - (Slow) (slow action rod). Kategori kuasa (power) joran pula boleh didapati dalam jenis ultralight, super ultralight dan extreme ultralight. Walaupun begitu, bahan yang digunakan dalam pembuatan joran (material), kepanjangan joran (length), sambungan antara dua bahagian joran (ferrule) dan susunan antara cincin joran (guide) akan turut mempengaruhi aksi joran tersebut.


Aksi... joran ultralight biasanya terdapat dalam aksi lebih cepat, cepat, sederhana serta parabolik/perlahan dan sudah semestinya ia mempunyai beberapa perbezaan antara aksi tersebut.


Bagi panjang joran ultralight pula ia biasanya berukuran dari 4’0” hinggalah melebihi 10’0”. Secara teorinya rata-rata bagi pancingan dasar (bottom) dan menghanyut (drift) adalah disyorkan anda menggunakan joran bermula dari 7’0” ke atas hingga melebihi 10’0” kaki mengikut kesesuaian sesuatu kawasan. Manakala bagi pemancing yang mengilat (casting) pula adalah disyorkan anda menggunakan joran bermula dari 5’0” hingga 7’6”. Joran ultralight 8’0” hingga 10’0” yang terpilih pula boleh digunakan bersama umpan tiruan dari jenis top water. Joran yang panjang biasanya dapat membuat lontaran umpan dengan tepat dan sempurna ke sasaran. Ia juga memberi kelebihan kepada pemancing kerana kepanjangan joran itu tadi dapat menyerap dengan baik bebanan yang di terima semasa bertarung dengan ikan.

      
Daiwa Spinmatic®-C Ultralight - Spinning Rods


Daiwa Spinmatic® Tuflite™ Spinning Rods


Walau bagaimanapun anda adalah lebih berhak untuk memilih sendiri kesesuaian padanan joran untuk teknik pancingan yang akan anda lakukan.



Kekili ultralight – Kekili yang disyorkan dengan penggunaan tali utama bermula dari 1 hingga 6 paun sahaja yang digunakan dalam ultralight tackle.

Kekili jenis spinning adalah jenis kekili yang sangat meluas penggunaannya dalam ultralight tackle. Selain serba boleh gaya penggunaannya, ia sungguh mudah dikendalikan dan ia juga adalah merupakan kekili jenis asas dalam dunia pancingan moden. Bagi kekili spinning ultralight, ia biasanya bersaiz 1000 ke bawah dan ada juga terdapat bersaiz 500 ke bawah.

Satu faktor yang perlu di ambil berat dalam pemilihan kekili spinning ultralight ini adalah berkaitan sistem drag kekili tersebut. Pastikan jenis kekili spinning ultralight yang di pilih mempunyai sistem drag yang lancar dan bekuasa tinggi. Sistem drag ini mestilah dilaras dengan betul dan sempurna bagi menjamin ia dapat bertindak seperti yang diharapkan pada setiap masa. Inilah faktor yang sangat penting dalam ultralight tackle dan kegagalan sistem drag yang berfungsi dengan lancar selalunya akan berakhir dengan kehampaan kepada pemancing.


Daiwa Spinmatic® Ultralight Reels


Terdapat juga kekili jenis spincast dan underspin yang digunakan dalam ultralight tackle. Satu persamaan yang terdapat pada kedua-dua jenis kekili ini ialah terdapatnya permukaan tertutup yang melindungi gelendong tali utama. Ia berfungsi bagi melindungi tali utama dari kekusutan semasa lontaran dibuat. Bagi pemancing yang memilih kekili jenis spincast dan underspin ini, faktor sistem drag masih perlu diberi keutamaan. Pastikan jenis kekili spincast dan underspin ultralight yang di pilih mempunyai sistem drag yang lancar dan bekuasa tinggi. Pelarasan sistem drag yang betul dan sempurna adalah perlu pada setiap masa.


Zebco 11 Gold Ultralight


Zebco 11T Gold Ultralight


Jarang sekali penggunaan kekili baitcast digunakan dalam ultralight tackle walaupun ada terdapat sesetengah pengeluar peralatan memancing yang mengeluarkannya. Pada kebiasaanya hanya joran tempahan khas (custom rod) yang akan dipadankan dengan kekili tersebut. Kekili baitcast ini pada dasarnya mempunyai sistem drag yang baik tetapi pemilihan jenis kekili yang tepat mesti dibuat untuk dipadankan dengan joran ultralight tertentu sebelum anda memilikinya.


Daiwa Liberto Pixy


Sentiasa pilih jenis kekili ultralight yang tepat dan pastikan ia mempunyai sistem drag sempurna supaya ia sesuai untuk teknik pancingan anda.
  


Tali utama – Tali dari jenis monofilament adalah jenis tali utama yang paling biasa digunakan dalam ultralight tackle. Terbaru, tali utama jenis uni-filament telah diperkenalkan selain terdapat tali utama dari jenis fluorocarbon dan superline yang terdapat dalam jenis fused dan braid. Hanya tali utama yang berkekuatan 1,2,3,4,5 dan tidak melebihi dari 6 paun yang digunakan dalam ultralight tackle. Diameter bagi tali utama ini biasanya pula diantara 0.05 hingga 0.20 milimiter sahaja dan tidak melebihi dari itu.

Sila patuhi syor penggunaan tali utama yang telah dilebelkan pada joran ultralight dan jangan sesekali melebihi had yang telah disyorkan. Kegagalan mematuhi syor tali utama dengan menggunakan tali utama yang melebihi had dari label yang dicatatkan akan memungkinkan joran ultralight anda patah semasa menerima bebanan. Ini kerana kekuatan tali utama itu tadi telah menerima lebihan bebanan dari joran ultralight anda sedangkan ia sebenarnya tidak mampu berbuat demikian. Apa yang sepatutnya biasanya berlaku ialah tali utama anda akan putus dahulu jika bebanan yang diterima berlebihan dan ia sekaligus dapat menyelamatkan joran ultralight anda daripada patah!


Berkley FireLine Fused Crystal


Berkley FireLine Fused Original


Pemilihan jenis tali utama yang berkualiti sangat penting dalam ultralight tackle. Pilihlah tali utama dari jenis yang dipercayai dari segi kemampuannya untuk menerima bebanan seperti yang tercatat pada label tali utama tersebut.







No comments:

Post a Comment