Sunday, September 25, 2011

Tips panduan asas tentang kaedah pancing dan lepas kembali - The F-Files dari Shimano

ultralight tackle_video...






Video Tips panduan asas tentang kaedah pancing dan lepas kembali - The F-File dari Shimano...




Pancing dan lepaskan kembali. Ya, pancing dan lepas. Inilah satu perkara yang boleh semua pemancing sumbangkan kepada industri memancing negara dalam usaha untuk memastikan kelestarian sumber perikanan kita terus berkekalan. Kepada pemancing semua perkara ini hendaklah dipelajari dan difahami dengan betul supaya ianya berhasil seperti yang diharapkan. Tanpa ilmu dan kefahaman yang betul tentang perkara ini, mana mungkin ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semoga video tips panduan asas tentang kaedah pancing dan lepas kembali - The F-Files dari Shimano ini dapat memberi panduan berguna buat semua pemancing di Malaysia.




Istilah ‘pancing dan lepas’ (Fish & Release) yang digunakan dipilih berdasarkan bahawa, ianya dirasakan lebih tepat akan maksudnya dalam perkara ini berbanding istilah biasa yang digunakan iaitu ‘tangkap dan lepas’ (Catch & Release). Kalau ‘tangkap’ rasanya semua orang mampu ‘menangkap’ dan pasti cara ‘menangkap’ itu sudah tentu dengan berbagai cara bukan? (namakan sahaja seperti jala, jaring, dll...) tetapi jika ‘pancing’ atau ‘memancing’ pasti bukan semua orang mampu melakukannya... Jadi istilah yang tepat di sini ialah ‘pancing dan lepas’ (Fish & Release) :)

Populasi ikan semakin berkurangan dan terancam di seluruh dunia. Jadilah pemancing yang membantu memulihara kesinambungan serta cuba menyelamatkannya dari kepupusan. Pelajari dengan betul konsep Pancing, Gambar dan Lepaskan Kembali serta amalkannya dengan sempurna.






No comments:

Post a Comment