Monday, September 19, 2011

Tips memancing dari Jeremy Wade – Personaliti tv, River Monster...

ultralight tackle_video...



Video Tips memancing yang kedua dari Jeremy Wade - Personaliti tv, River Monster...


Penggunaan peralatan memancing yang tepat dan betul adalah penentu kepada kejayaan untuk mendaratkan hasil pancingan yang luarbiasa dan sungguh mengagumkan di sungai-sungai tertentu, atau apa yang sering disebut sebagai ‘river monster’ oleh Jeremy Wade. Akan tetapi, apa yang lebih penting dari itu ialah tentang perincian terhadap segala peralatan yang diguna pakai. Ia sebenarnya  menuntut tahap kepekaan yang tinggi dari tiap-tiap diri seorang pemancing itu. Sila klik dari pautan ini untuk melihat video tersebut : http://www.animalplanet.com/tv-shows/river-monsters/videos/fishing-tip-have-the-right-gear/




Jeremy Wade adalah seorang ahli biologi, pemancing yang ekstrim, juga seorang penulis yang pakar dalam bidang pengembaraan dan alam semulajadi selain dari menjadi seorang personaliti tv. Beliau menjadi terkenal selepas kemunculannya dalam siri tv River Monster terbitan Icon Film yang disiarkan melalui saluran Animal Planet, yang mana dalam siri tv tersebut ia telah mengembara ke seluruh dunia untuk cuba mendaratkan sepsis-spesis ikan di sungai tertentu yang jarang dilihat, berbahaya, bersaiz luarbiasa dan sungguh mengagumkan.

:: Tips memancing dari beliau adalah relevan dan boleh juga diguna pakai buat pemancing yang menggunakkan peralatan ultralight tackle. ::











No comments:

Post a Comment