Sunday, September 18, 2011

Tips memancing dari Jeremy Wade – Personaliti tv, River Monster

ultralight tackle_video...



Video Tips memancing yang pertama dari Jeremy Wade - Personaliti tv, River Monster...


Bagi mendaratkan hasil pancingan yang luarbiasa dan sungguh mengagumkan di sungai-sungai tertentu, atau apa yang sering disebut sebagai ‘river monster’ oleh Jeremy Wade, seseorang pemancing  itu hendaklah sedaya upaya untuk mengetahui segala-galanya tentang sesuatu spesis yang bakal di daratkan tersebut. Selain dari itu, pemancing juga perlu mahir tentang umpan yang sepatutnya digunakan, peralatan terminal (terminal tackle) yang berkesan dan apa yang terpenting sekali ialah mengetahui bagaimana cara ia berfikir! Sila klik dari pautan ini untuk melihat video tersebut : http://www.animalplanet.com/tv-shows/river-monsters/videos/fishing-tip-think-like-a-fish/



Jeremy Wade adalah seorang ahli biologi, pemancing yang ekstrim, juga seorang penulis yang pakar dalam bidang pengembaraan dan alam semulajadi selain dari menjadi seorang personaliti tv. Beliau menjadi terkenal selepas kemunculannya dalam siri tv River Monster terbitan Icon Film yang disiarkan melalui saluran Animal Planet, yang mana dalam siri tv tersebut ia telah mengembara ke seluruh dunia untuk cuba mendaratkan spesis-spesis ikan di sungai tertentu yang jarang dilihat, berbahaya, bersaiz luarbiasa dan sungguh mengagumkan.

:: Tips memancing dari beliau adalah relevan dan boleh juga diguna pakai buat pemancing yang menggunakkan peralatan ultralight tackle. ::










2 comments:

  1. nasib baik jeremy wade..kalo ahmad wadiey tadik...larikkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. hahahahaha!... er... ahmad wadiey tu tk lama lg akn jd macam jeremy wade tu jugak... kalau dieja nama tu dlm bahasa melayu bunyinya sama macam nama jeremy wade tu kn... tu pasal ambil tips dr dia & share kat blog ni...

    ReplyDelete