Wednesday, July 20, 2011

Tentang ikan...

general fishing_info...



Selain dari mempunyai kefahaman yang betul tentang peralatan pancingan dan mengetahui teknik serta taktik pancingan yang sedang atau yang bakal diguna pakai, pemancing juga mesti mahir tentang perilaku ikan itu sendiri berserta habitat dan seluruh kehidupannya; memahami juga hidupan lain yang turut menjadi bahan makanan kepada ikan; dan juga berasa sensitif terhadap peredaran alam ini secara keseluruhannya yang mana ia mampu memberi kesan terhadap persekitaran akuatik. Justeru dengan kata lain, sebagai pemancing yang serba boleh dan tidak hanya sekadar untuk mendapatkan hasil pancingan, setidak-tidaknya seseorang pemancing itu adalah diharapkan akan menjadi amatur dalam bidang iktiologi (pengkajian ilmu tentang ikan), arthropodologi (pengkajian ilmu tentang serangga, araknid, krustasia dan lain-lain) dan juga kosmologi (pengkajian ilmu tentang alam).



Tentang ikan...


Ikan adalah hidupan yang pada asasnya bernafas melalui insang, hidup di dalam air, badan pada umumnya memanjang serta diselaputi dengan sisik yang berlendir dan dilengkapi dengan sirip untuk bergerak.

Terdapat lebih daripada 31,900 spesis ikan, menjadikannya antara kelas vertebrata (mempunyai tulang belakang) terbesar dalam kepelbagaian spesis. Hampir 29,000 daripadanya adalah ikan bertulang keras, dengan bakinya kira-kira 970 adalah dari ikan bertulang rawan, dan kira-kira 108 lagi adalah ikan tanpa rahang. Satu pertiga daripada semua spesis ini berada dalam sembilan keluarga utama yang disusun dari yang terbesar hingga yang terkecil bermula dari keluarga Cyprinidae, Gobiidae, Cichlidae, Characidae, Loricariidae, Balitoridae, Serranidae, Labridae, dan Scorpaenidae. Akan tetapi terdapat pula kira-kira 64 keluarga Monotypic iaitu ikan yang mengandungi hanya satu spesis sahaja dan adalah diramalkan bahawa bilangan akhirnya jumlah spesis yang masih ada akan sekurang-kurangnya 32,500 di dunia ini. 


 


Kepelbagaian, taksonomi, anatomi, penyakit, evolusi dan pemulihraan ikan akan dibincangkan dalam penulisan yang akan datang. Harap maklum.







No comments:

Post a Comment