Sunday, July 24, 2011

Bandang dengan ultralight tackle...



species...



Bandang dengan ultralight tackle...




Nama
Bandang
Nama saintifik

(Elops machnata)

Nama Inggeris
Ladyfish, Tenpounder,
Keluarga
Elopidae
Persekitaran
Air masin dan payau  – persisir pantai, sungai persisir pantai dalam kawasan hutan bakau dan kawasan sekitarnya.
Iklim/taburan
Tropika 38°N - 37°S, 22°E - 153°W
Edaran
Sekitar Indo-Pasifik, - ia adalah kawasan biogeografi laut bumi yang terdiri dari perairan tropika Lautan Hindi, Pasifik Barat dan Tengah Lautan Pasifik yang menghubugkan dua wilayah Indonesia secara umum.
Penerangan ringkas
Mempunyai badan yang berbentuk bulat memanjang, sisik kecil serta halus berkilat berwarna putih keperakan serta berwarna kelabu pada bahagian belakang, terdapat pigment berwarna kekuningan pada pangkal sirip dorsal yang lembut dan juga pada sirip pektoral, pelvik dan dubur, mempunyai sepasang mata yang juga berpigment kuning berbentuk buntang dengan stuktur mulut bertulang, sirip kaudal bercabang maksimum berwarna kekelabuan.
Diet
Piscivore - pemakan ikan
Crustacean - pemakan kerang-kerangan
Teknik pancingan
Mengilat (casting), menunda (trolling) – mungkin boleh dicuba, layang (fly), dasar (bottom) dan menghanyut (drift)
Umpan pancingan
Umpan semulajadi dari jenis - nematodamoluska, krustasia, serangga, ikan, amfibia dan terproses  
Umpan tiruan dari jenis -  hard bait - (top water, jerk, dan crank bait yang biasa...), swim bait, blade bait, spoon bait, jig bait, wire bait, frog bait dan others bait. Manakala soft bait, hybrid bait dan flies juga boleh digunakan jika ianya dirasakan bersesuaian dengan teknik pancingan yang dipilih 
Rekod Dunia I.G.F.A.
Kategori All Tackle
Berat: 23 paun 12 auns (10.8kg)
Tempat Pancingan: Illha do Bazaruio, Mozambique
Tarikh Pancingan: 28/10/1993
Pemancing: Zaqueu Paulo


Apakah persepsi dan reaksi spontan anda terhadap video yang baru ditonton ini?




Ladyfish? On fly fishing ha?... Yup! Frenzy... and they hits all the time but only one landed! er... agak-agak kalau ladyfish on ultralight tackle macam mana la yer?... 




Spesis Elops machnata atau lebih dikenali sebagai bandang dikalangan pemancing tempatan adalah merupakan satu daripada lima lagi spesis ikan ini yang terdapat di seluruh dunia. Perilakunya ada kesamaan dengan ikan bulan yang juga pada asasnya mereka adalah berkongsi satu habitat yang sama. Namun kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan secara peribadi diri ini berpendapat ia adalah merupakan ikan yang kedua yang paling mencabar untuk di daratkan selepas ikan bulan! Percaya atau tidak, silakan kepada yang berkesempatan mendaratkan ikan ini untuk berkongsi pengalaman mengenainya.

Menurut pakar-pakar iktiologi, spesis ikan bandang ini selalunya berada di kawasan sekitar pantai dan ia juga turut menghuni di sekitar pantai yang berbatu. Ia juga dikatakan masuk ke sungai yang berada di persekitaran pinggir pantai yang berair payau. Diet utama adalah dengan memakan anak-anak ikan - Piscivore dan juga kerang-kerangan - Crustacean. Spesis karnivor. Saiz yang biasa di daratkan pula panjangnya adalah sekitar 50 sentimeter. Namun saiz yang lebih besar dari itu dipercayai masih terdapat di perairan negara kita yang tercinta ini. Sebagai makluman, rekod bagi kategori All Tackle dari I.G.F.A. mencatatkan 23 paun 12 auns (10.8kg) adalah yang terberat setakat ini.

Lantas, apa yang begitu istimewanya ikan yang dipanggil bandang ini? Jawapan dari pertanyaan tersebut adalah yang pertamanya tentang daya juangnya yang tinggi bila terkena pancing! Ia akan lebih banyak berada di udara dari berada di dalam air dalam usahanya untuk meloloskan diri. Keduanya pula, daya pecutannya yang menurut pemancing-pemancing berpengalaman tanahair umpama peluru berpandu yang baru dilepaskan dari sistem pelancarannya. Kenyataan ini amat dipersetujui akan kebenarannya dan dari pengalaman lalu, walau pun kadangkala saiz yang biasa dipancing adalah kecil namun daya pecutannya sungguh luar biasa! Jika diperhatikan dengan teliti bentuk fizikalnya, memang ternyata kelebihan badannya yang bulat memanjang serta ekornya yang bercabang maksimum itu digunakan sepenuhnya bila keadaan memaksa. Subhan’Allah! Maha Suci Allah yang menjadikan makhluk ciptaannya yang begitu hebat ini.



Kecil-kecil cili api... walaupun kecil tapi daya juangnya sungguh mengagumkan...


Berbeza... perhatikan bentuk fizikal kedua-dua ikan yang menghuni dalam satu habitat yang sama ini... atas bandang dan bawah bulan...


Selain dari dua kehebatan tersebut, bandang ini sebenarnya amat susah sekali untuk menjamah pancing. Percaya atau tidak, ada pemancing yang terpaksa seakan-akan menghendapnya dalam usaha untuk cuba memancingnya. Ini ditambah pula dengan keadaan stuktur mulutnya bertulang yang mana ia manambahkan lagi cabaran untuk mendaratkan spesis ini. Faktor sukar menjamah pancing ini lebih mencabar apabila ia sebenarnya sukar dikesan akan tempat persembunyiannya yang sebenar. Tiada tanda khusus yang mengatakan ia mendiami sesuatu kawasan itu melainkan dari peragainya yang seakan-akan ikan bulan menghirup udara dengan meninggalkan buih-buih kecil. Teorinya di sini ialah ia berada bersama-sama dalam kawanan ikan bulan terutama di persekitaran yang berair payau dan turut sama menghirup udara bersama-sama. Pengalaman lalu telah  membuktikan perkara ini berlaku, namun rasanya ia perlu satu kajian saintifik untuk membenarkan teori ini...


Air payau... habitat sementara buat bandang sebelum berhijrah ke pesisir pantai...






‘Airborne show’... mempamerkan kehebatannya dalam usaha meloloskan diri...


Biasa... saiz purata yang di daratkan di persekitaran air payau berbanding air masin...




Sempurna... stuktur mulut bertulang ternyata satu kelebihan buat dirinya...


AWAS! Bahagian dalam mulutnya umpama kertas pasir dan ia mampu mencalarkan tali anda ke tahap maksimum sebelum putus dalam usahanya untuk meloloskan diri. Pengalaman terdahulu menyaksikan kekerapan lompatan aerobaticsnya membuatkan perambut bergesel hebat dengan permukaan di dalam mulutnya dan ia tercalar lalu terus putus! Pernah suatu ketika, ia sudah berada di gigi air tapi....... tusss!!!





Berikut adalah gambar morfologi bandang yang berjaya dirakamkan dengan cemerlang sekali oleh Kapten John, seorang jurupandu pancing layang (fly fishing) dari Stuart, Florida dalam blog beliau yang boleh dilawati di http://stuartflyfishing.blogspot.com/2010/02/beauty-of-ladyfish.html


















Sesungguhnya bandang adalah ikan sukan yang sangat istimewa. Ternyata ciri-ciri ikan sukan yang terdapat pada ikan ini sungguh unik. Maka tidak hairanlah mengapa pemancing layang amat mendambakan spesis ini dalam senarai pancingan mereka. Telah banyak didengar ia dengan pantas melarikan tali utama selaju-lajunya sebelum ‘meletupkannya’ dihujung larian. Pengalaman mendaratkan bandang ini diperairan semulajadi memang mencabar sekali.    Menduganya dengan peralatan ultralight tackle pula sungguh mendebarkan. Petuanya hanya satu; iaitu bertenang. Itu pun sila pastikan dahulu peralatan ultralight tackle anda berada di dalam keadaan terbaik pada setiap masa. Jika tidak, bersedialah menerima sebarang kemungkinan yang bakal terjadi selepas itu... Jika diizinkankan oleh Allah S.W.T. spesis ini akan diburu lagi pada kesempatan akan datang...







No comments:

Post a Comment