Wednesday, June 22, 2011

Benarkah semua ini tentang ultralight tackle?...


issues...


Benarkah semua ini tentang ultralight tackle?...

Penggunaan ultralight tackle adalah bersifat menyiksa hasil pancingan demi untuk satu keseronokan yang besifat sementara. Peralatan memancing yang diguna pakai halus, kecil dan ringan telah menyebabkan hasil pancingan mati tersiksa dalam usaha untuk melepaskan diri kerana lambat di daratkan. Terlalu lama ‘dilayan’ juga menyebabkan hasil pancingan mati akibat dari keletihan melampau disamping terdapat kecederaan lain pada hasil pancingan.




Lebih daripada itu, konsep tangkap dan lepas (catch and release) sama sekali ‘TIDAK’ berjaya dilakukan kerana hasil pancingan sudah ‘lembik’ semasa ia berjaya di daratkan dengan ultralight tackle. Hasil pancingan dengan ultralight tackle ini biasanya hanyalah untuk kepentingan individu sahaja, berbangga diri dan lebih kepada perasaan ‘syok sendiri’ semasa cuba mendaratkan hasil pancingan tersebut tanpa menghiraukan tentang kelestarian sumber.  







Penggunaan ultralight tackle dalam dunia memancing mengundang pelbagai isu dan persoalan yang hangat diperkataan di seluruh dunia. Kenapa dengan ultralight tackle ini? Benarkah semua tentang pernyataan di atas tersebut? Apakah hujah emosional yang telah mendorong kepada keluarnya pernyataan seperti di atas? Adakah satu kepastian yang benar untuk menyokong pernyataan-pernyataan di atas tersebut?

Apabila bercakap mengenai ultralight tackle ini adalah diharapkan jangan ada diantara kita sebagai pemancing yang terlalu menyempitkan fikiran tentang perkara ini. Sebelum itu apa kata kita memahami sedikit dahulu tentang ultralight tackle ini kerana pada dasar hanya peralatan memancing yang bersifat halus, kecil dan ringan sahaja yang diguna pakai. Kalaulah ultralight tackle ini boleh diukur maka rujukannya adalah seperti berikut; pertama, joran memancing yang digunakan mestilah berkekuatan diantara 1 hingga 6 paun dan ia mestilah tidak boleh melebihi dari kekuatan itu. Kedua, tali utama yang digunakan mestilah diameternya berukuran diantara 0.05 hingga 0.20 milimiter sahaja dan yang ketiga, tentunya kekili yang dipadankan dengan joran tersebut mestlilah dari jenis ultralight juga. Inilah asas utama yang sangat penting dalam ultralight tackle dan diharap ia dapat memberi kefahaman ringkas tentangnya.

Secara sedar atau pun tidak, purata nilai berat hasil pancingan yang biasa di daratkan oleh pemancing adalah di bawah skala 6 paun. Ya. Bawah skala 6 paun. Tidak percaya? Silakan membuat kajian mengenainya. Jika nilai beban keseluruhan yang mampu ditanggung dengan penggunaan ultralight tackle adalah tidak melebihi skala 6 paun maka adalah rasional jika kita menggunakan ultralight tackle ini dalam setiap pancingan kita! Peralatan memancing ultralight tackle ‘nampaknya’ paling ideal dalam setiap pancingan... Jadi mengapa tidak kita  menggunakan ultralight tackle? Silakan menjawab sendiri pertanyaan ini dengan ikhlas sendirian tanpa di pengaruhi mana-mana pihak. Sebagai seorang pemancing, ilmu, kemahiran, pengetahuan serta pengalaman mestilah menjadi aset berharga disamping mempunyai persedian mental dan fizikal yang seimbang. Soal memancing spesis ikan yang ‘hebat’ dan ‘persekitaraan’ perairan memancing yang mencabar bukan lagi menjadi isu jika perkara asas ini dapat difahami dengan betul. 

Berbalik kepada pernyataan pertama yang mengatakan bahawa pengunaan ultralight tackle menyiksa hasil pancingan, maka dengan ini ia akan dibahas mengikut prinsip ultralight tackle. Katakanlah ada seorang pemancing dengan bangganya menceritakan kepada umum tentang kejayaannya mendaratkan hasil pancingan yang beratnya pada skala 2 paun, ia menggunakan peralatan memancing light tackle - berkemampuan menanggung beban diantara 6 hingga 12 paun... Bagaimanakah ‘keadaan’ hasil pancingan itu sesudah ia berjaya di daratkan? Apakah ‘peluang’ hasil pancingan tersebut untuk cuba melepaskan diri? Adakah ini satu pertembungan yang ‘adil’ diantara manusia dengan makhluk di bawah air itu? Adakah ia bersifat ‘overkill’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pemancing? Jika kefahaman perenggan sebelum ini dapat difahami dengan betul oleh pemancing maka adalah pasti semua persoalan ini akan dapat merungkai segalanya.   

Kepada pernyataan kedua yang menyangkal tentang ketidakupayaan hasil pancingan ultralight tackle ini mengamalkan konsep tangkap dan lepas (catch and release) ia mungkin sesuatu yang keterlaluan. Tolong perbetulkan perkara asas dalam konsep ini dahulu sebelum ia di cadangkan pelaksanaannya. Istilah yang tepat adalah pancing, gambar dan lepas (FISH, PHOTO AND RELEASE) dan bukan tangkap dan lepas (CATCH AND RELEASE) mahupun tangkap, gambar dan lepas (TAGAL). Konsep ini MESTI dipelajari dengan betul dahulu oleh pemancing supaya ia berkesan pengamalannya. Terlalu banyak yang perlu ‘dipelajari’ kalau mahu konsep ini dilaksanakan. Orang tua kita dahulu ada berpesan yang katanya “kalau menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar...” dan dalam hal ini berapa ramai dari kita sebagai pemancing yang faham benar akan konsep ini? Paling menarik di sini apabila hasil pancingan dengan ultralight tackle gagal di daratkan (tali utama putus contohnya) tentunya kelestarian sumber terjadi dengan cara yang paling adil dan terhormat diantara manusia dengan makhluk di bawah air tersebut. 

Bersikaplah dengan rasional dari kelebihan akal dan fikiran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita. Sebagai manusia kita mampu berbuat apa sahaja kepada hasil pancingan yang bakal di daratkan. Namakan saja jenis alatan yang mampu memerangkap mangsa di dalam air ini, semuanya menjurus kepada kebijaksanaan manusia untuk memerangkap mangsanya. Pancing juga tidak terkecuali dalam perkara ini jika ia tidak di manfaatkan dengan betul. Justeru, apa yang menjadi isu dan persoalan tentang ultralight tackle ini sebenarnya ialah ‘bagaimana’ kemampuan kita sebagai pemancing yang boleh memadankan peralatan memancing itu dengan betul dan tepat pada waktunya. Inilah pengertian paling mudah untuk ultralight tackle yang sebenarnya...








No comments:

Post a Comment