Sunday, July 3, 2011

Ikatan dalam ultralight tackle...



ultralight tackle_tactics...


Ikatan dalam ultralight tackle...

Boleh dikatakan apa yang sangat penting dalam ultralight tackle adalah tentang ikatan. Tiada maknanya lagi jika mempunyai peralatan ultralight tackle yang hebat, pengetahuan dalam ultralight tackle yang tinggi tetapi apabila menerima ragutan ikan, sebahagian dari peralatan terminal (terminal tackle) anda tercabut atau lebih tepat terputus disebabkan oleh masalah ikatan.

Bagi pemancing biasa ia adalah sekadar ikatan peralatan terminal (terminal tackle) tetapi ia adalah tidak sama sekali buat pemancing yang menggunakan sepenuhnya ultralight tackle. Ingat! Kepada pemancing ultralight yang mengambil mudah tentang perkara ini selalunya ia bakal menerima kehampaan. Sebagai pemancing yang menggunakan sepenuhnya ultralight tackle anda ‘MESTI MELIHAT’ kepada setiap ikatan berbanding pemancing yang menggunakan peralatan light, medium dan heavy tackle.

Berikut adalah jenis-jenis ikatan yang selalu dan biasa diguna pakai dalam ultralight tackle dan sila klik pada pautan tertera untuk melihat ilustrasi ikatan serta teknik mengikat ikatan tersebut secara animasi dari http://www.netknots.com/. Tapi sebelum itu sila patuhi dahulu beberapa tips utama sebelum sesuatu ikatan itu dilakukan... antaranya ialah:

  • Pilih jenis ikatan yang tepat berdasarkan gabungan tali utama anda bersama perambut (jika anda menggunakannya) dan juga peralatan lain yang akan diguna pakai semasa memancing. Pelajari dan fahami dengan betul jenis ikatan yang dipilih serta lakukan latihan sebelum ikatan sebenar dibuat.
  • Bagi tali yang berdiameter kecil, anda adalah dinasihatkan agar melebihkan lilitan pada tali tersebut semasa ikatan dilakukan. Perkara ini perlu bagi menjamin keteguhan ikatan dan regangan yang sempurna dari bebanan yang bakal diterima oleh tali tersebut.
  • Membuat ikatan baru setiap kali selepas anda berjaya mendaratkan hasil pancingan adalah sesuatu yang sangat digalakkan dan pastikan perambut (jika anda menggunakannya) digunakan hanya sekali sahaja dan hendaklah ia sentiasa diasingkan dari perambut yang belum digunakan.
  • Setiap ikatan yang anda lakukan hendaklah ditarik dengan kemas dan sempurna tanpa perlu anda  menyentapnya dengan kasar kerana ia akan menyebabkan tekanan kepada tali tersebut dan sekaligus boleh melemahkan daya regangannya. Gunakan air liur anda sebagai perlincir semulajadi terbaik semasa tarikan ikatan itu dilakukan.
  • Pastikan juga ikatan anda adalah sempurna dan tiada pertindihan diantara lilitan/simpulan kerana ia akan menyumbang kepada kemerosotan kekuatan tali dan pasti ia akan menjadi sangat lemah pada titik tersebut. Penggunaan kanta pembesar adalah perlu jika anda menggunakan tali berdiameter halus untuk melihat liltan/simpulan ikatan anda adalah tersusun dan sekata.
  • Potong lebihan dari ikatan anda dengan kemas dengan menggunakan pemotong yang tajam dan sila pastikan lebihan tersebut mampu bertahan secukupnya sebelum titik lemah itu putus ketika menerima regangan. Pastikan juga lebihan ikatan yang dipotong tersebut tidak mengganggu pergerakan tali secara keseluruhannya.


IKATAN ASAS UNTUK KEKILI

IKATAN ARBOR
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali utama pada gelendong (spool) kekili. Baik untuk kekili spinning, spincast, baitcast dan malah kekili layang (fly reel) turut menggunakan jenis ikatan  ini bagi mengikat tali utama di gelendong (spool).



IKATAN DIANTARA TALI UTAMA DAN PERAMBUT

IKATAN ALBRIGHT SPECIAL
Ikatan ini adalah antara jenis ikatan yang paling dipercayai dari segi keteguhannya bagi meyambungkan dua jenis tali yang berbeza diameternya dan malah ia juga dapat menyambungkan dua jenis tali yang berbeza jenis materialnya. Sesuai bagi mengikat perambut dari jenis braid, florocarbon, monofilament dan juga single strand wire kepada tali utama dari jenis monofilament.
                                                                                                                         
IKATAN SEAGUAR
Ikatan ini diperkenalkan oleh Seaguar iaitu pengeluar perambut dari jenis florocarbon bagi menyambungkannya kepada tali utama dari jenis monofilament.

IKATAN DOUBLE UNI
Ikatan jenis ini digunakan bagi menyambung diantara dua jenis tali yang sama diameternya dan ia sesuai bagi mengikat perambut dari jenis braid kepada tali utama dari jenis monofilament dan begitu juga sebaliknya. Ia adalah pilihan terbaik sebagai alternatif kepada Ikatan Blood.

IKATAN SLIM BEAUTY
Ikatan ini pula sangat cemerlang bagi menyambungkan perambut dari jenis florocarbon atau dari jenis monofilament kepada tali utama dari jenis braid.

IKATAN BLOOD
Ikatan ini digunakan bagi menyambung bahagian perambut dengan tali utama dan ia paling berkesan digunakan untuk menyambung diantara dua jenis tali yang sama diameternya.

IKATAN SURGEON’S
Ikatan ini adalah diantara ikatan yang paling mudah, cepat serta kuat bagi menyambungkan perambut kepada tali utama yang berbeza diameternya.



IKATAN DIANTARA SNAP, SWIVEL ATAU SNAP SWIVEL

IKATAN UNI
Ikatan ini adalah ikatan alternatif kepada Ikatan Improved. Ia sangat dipercayai dari segi keteguhan ikatannya dan sungguh mudah untuk diikat serta sesuai untuk mengikat snap, swivel dan malah mata kali sekalipun. Sesuai diikat bagi mata kail dari reka bentuk aberdeen, carlisle, french, jig, kirby, limerick, o’shaughnessy, sneck, tarpon, khale, siwash, wide gap worm hooks dan stinger.*

IKATAN OFFSHORE SWIVEL
Ikatan ini sungguh luarbiasa kekuatannya. Ia biasa digunakan bersama Ikatan Bimini bagi mengikat swivel untuk tujuan menunda (trolling) dan ia juga boleh digunakan untuk mengikat mata kail.



IKATAN UNTUK UMPAN TIRUAN

IKATAN GELUNG NON SLIP
Ikatan ini sangat berkesan bagi mengikat umpan tiruan dari jenis hard bait. Ia menghasilkan pergerakan yang sangat semulajadi bagi umpan dari jenis tersebut.


IKATAN RAPALA
Ikatan ini pada dasarnya adalah sama dengan Ikatan Gelung Non Slip tetapi ia lebih dipopularkan oleh Rapala iaitu pembuat umpan tiruan terkenal dengan penambahan satu lagi langkah dalam menghasilkan ikatan tersebut. Namun ia masih tetap mampu untuk menghasilkan pergerakan yang bersifat semulajadi terhadap umpan tiruan dari jenis crankbait.

IKATAN SAN DIEGO JAM
Ikatan ini sangat berkesan bagi mengikat umpan tiruan dari jenis jig di mana ia telah dipopularkan oleh pemancing dari San Diego untuk Tuna di sekitar perairan Mexico selain digunakan oleh pemancing Peacock Bass di Amerika Selatan. Sesuai untuk mengikat jig dengan perambut dari jenis braid, fluorocarbon dan juga monofilament.


IKATAN GELUNG

IKATAN PINTAL BIMINI
Ikatan ini paling dipercayai untuk mengikat jalinan dua tali yang bertindak sebagai perambut bagi menyambungkannya kepada tali utama dan ia juga boleh digunakan untuk mengikat umpan tiruan serta mata kail. Ikatan ini biasa digunakan untuk menunda (trolling).

IKATAN GELUNG DROPPER
Ikatan ini sesuai digunakan untuk membuat ikatan berbentuk gelung diantara mana-mana bahagian tali yang mana gelung tersebut boleh diletakkan mata kail mahupun perambut. Biasa digunakan untuk teknik pancingan dasar (bottom fishing).

IKATAN GELUNG PERFECTION
Ikatan gelung yang kemas dan padat ini digunakan untuk mengikat pada hujung tali dan biasanya ia diikat pada hujung perambut sebelum disambungkan dengan snap, swivel atau pun snap swivel.

IKATAN GELUNG SURGEON’S END
Ikatan ini biasanya dibentuk di hujung tali terutamanya pada perambut. Ia sungguh mudah untuk diikat sebelum disambungkan kepada peralatan terminal (terminal tackle) lain seperti snap, swivel atau pun snap swivel.



IKATAN SAMBUNGAN TERMINAL

IKATAN EYE CROSSER
Ikatan untuk mata kail yang menarik perhatian ramai ini telah terbukti keberkesanannya melebihi Ikatan Improved  dan Ikatan Uni. Ia sesuai untuk mengikat mata kail yang menggunakan tali daripada jenis monofilament atau fluorocarbon. Sesuai diikat bagi mata kail dari reka bentuk aberdeen, carlisle, french, jig, kirby, limerick, o’shaughnessy, sneck, tarpon, khale, siwash, wide gap worm hooks dan stinger.*

IKATAN IMPROVED CLINCH
Ikatan pada mata kail ini adalah yang sangat popular dalam ikatan sambungan terminal. Ia dapat dilakukan dengan cepat, mudah serta telah dipercayai keberkesanannya tetapi tidak disyorkan untuk diikat pada tali dari jenis braid. Sesuai diikat bagi mata kail dari reka bentuk aberdeen, carlisle, french, jig, kirby, limerick, o’shaughnessy, sneck, tarpon, khale, siwash, wide gap worm hooks dan stinger.*


IKATAN PALOMAR
Ini adalah ikatan pada mata kail yang juga popular dan mudah untuk dilakukan kepada peralatan terminal (terminal tackle) terutamanya yang bersaiz kecil. Ia salah satu ikatan pada mata kail yang disyorkan jika menggunakan tali dari jenis braid. Sesuai diikat bagi mata kail dari reka bentuk aberdeen, carlisle, french, jig, kirby, limerick, o’shaughnessy, sneck, tarpon, khale, siwash, wide gap worm hooks dan stinger.*

IKATAN TRILENE
Ikatan untuk mata kail ini agak mudah sebenarnya untuk dilakukan dan ia juga boleh juga digunakan untuk mengikat umpan tiruan. Sesuai diikat bagi mata kail dari reka bentuk aberdeen, carlisle, french, jig, kirby, limerick, o’shaughnessy, sneck, tarpon, khale, siwash, wide gap worm hooks dan stinger.*
IKATAN SNELL
Ikatan mata kail ini sangat sesuai diikat pada mata kail yang berteras panjang yang mana lubang untuk ikatan tali adalah mengahala ke dalam bukaan lengkok mata kail tersebut. Sesuai diikat bagi mata kail dari reka bentuk baitholder.*

IKATAN SNELL TRADISIONAL
Ikatan mata kail ini pula lebih sesuai bagi mengikat mata kail yang mana lubang untuk ikatan talinya adalah mengahala ke luar dari bukaan lengkok mata kail tersebut. Sesuai diikat bagi mata kail dari reka bentuk beak dan circles.*

IKATAN WORLD FAIR’S
Ikatan untuk mata kail ini dicipta oleg Gary Martin dan merupakan ikatan terbaik dari hampir 500 penyertaan yang mula diperkenalkan pada World Fair’s tahun 1982. Ia adalah ikatan alternatif bagi Ikatan Palomar dan digunakan dengan meluas oleh pemancing Bass professional. Sesuai diikat bagi mata kail dari reka bentuk beak dan circles.*



*perincian setiap reka bentuk mata kail tersebut akan dikongsikan pada penulisan akan datang... tungguuu... :)








No comments:

Post a Comment